Wednesday, August 11, 2010

PES KICAP PEDAS

Assalamualaikum saya sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga semuanya sihat-sihat dalam menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. Seperti yang dijanjikan saya akan memperkenalkan resipi pes pertama saya yang agak simple tetapi amat pratikal untuk kegunaan semua. Resipi ini saya perolehi dari arwah ibu mertua saya. Sejak beliau perkenalkan kepada saya, saya telah menggunakan pes ini sepanjang hidup saya dan pes ini sentiasa ada dalam peti sejuk saya untuk kegunaan bila di perlukan.Apabila habis sahaja saya akan stok up balik. Untuk pengetahuan semua selalunya kami sekeluarga akan guna pes ini sebagai sos ikan bakar, soto, dan semua jenis sop. Dengan penjelasan ini saya harap anda selamat mencuba.

Bahan2 yang diperlukan ialah:
Anggaran 50 cent cili api
satu labu bawang putih
setengah cawan kicap (saya cadangkan kicap tamin biasa)

Bawang putih yang dihiris digoreng garing kemudian ditoskan. Kemudian kesemua bahan di blend, masukkan dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti ais. Selesai amat mudah dan menjimatkan masa dan kos.

### Mungkin dimasa-masa akan datang saya akan cuba muatkan photo untuk resipi saya ini.

Sunday, August 8, 2010

maklumat awal

Untuk maklumat semua saya ini seorang surirumah sepenuh masa sejak 26 tahun yang lalu.Jadi dalam menempuh pelbagai ragam hidup ini, saya ada mempelajari sedikit sebanyak dalam bidang memasak, menjahit, berkebun bunga dan menguruskan rumahtangga keluarga saya. Tujuan saya membuat blog ini, ialah ingin berkongsi maklumat kepada sesiapa saja yang berminat untuk mendapatkan ilmu yang ingin saya sampaikan dan juga mendapatkan feed back dari sesiapa saja yang ingin komen,kritik dan menokok nambah supaya kita sama2 berilmu . Mudah-mudahan ilmu ini dapat dipratikkan dan dikongsikan bersama.

Saya bercadang yang terdekat ini akan mengenegahkan RESIPI MUDAH PES . Dengar macam simple aje kan  tetapi tunggu lah ...... dari sos ini lah kita dapat jimatkan masa, kos perbelanjaan dan memudahkan orang yang berkeluarga dan juga bujang  menguruskan rumah tangga.

Mungkin keluaran blog saya agak lambat sedikit sebabnya saya baru aje mempelajari dalam blog memblog ini. Jadi saya harap anda bersabar.

Friday, August 6, 2010

Hi!

oh, hi! I'm new here...hm..i.just feel like sharing my knowledge of homemaking--simple recipes and how-to-do-This-and-That. Everything is doable (or simply put, very Do-It-Yourself-ish, provided that you have the time and materials).

Anyway, there would be tonnes of delicious recipes (be it traditional Malay dishes or 15 minutes dinner) and tips on sewing to gardening. Hope you guys enjoy! :)