Wednesday, August 11, 2010

PES KICAP PEDAS

Assalamualaikum saya sekeluarga mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga semuanya sihat-sihat dalam menjalani ibadah di bulan yang mulia ini. Seperti yang dijanjikan saya akan memperkenalkan resipi pes pertama saya yang agak simple tetapi amat pratikal untuk kegunaan semua. Resipi ini saya perolehi dari arwah ibu mertua saya. Sejak beliau perkenalkan kepada saya, saya telah menggunakan pes ini sepanjang hidup saya dan pes ini sentiasa ada dalam peti sejuk saya untuk kegunaan bila di perlukan.Apabila habis sahaja saya akan stok up balik. Untuk pengetahuan semua selalunya kami sekeluarga akan guna pes ini sebagai sos ikan bakar, soto, dan semua jenis sop. Dengan penjelasan ini saya harap anda selamat mencuba.

Bahan2 yang diperlukan ialah:
Anggaran 50 cent cili api
satu labu bawang putih
setengah cawan kicap (saya cadangkan kicap tamin biasa)

Bawang putih yang dihiris digoreng garing kemudian ditoskan. Kemudian kesemua bahan di blend, masukkan dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti ais. Selesai amat mudah dan menjimatkan masa dan kos.

### Mungkin dimasa-masa akan datang saya akan cuba muatkan photo untuk resipi saya ini.

No comments:

Post a Comment