Untuk maklumat semua saya ini seorang surirumah sepenuh masa sejak 26 tahun yang lalu.Jadi dalam menempuh pelbagai ragam hidup ini, saya ada mempelajari sedikit sebanyak dalam bidang memasak, menjahit, berkebun bunga dan menguruskan rumahtangga keluarga saya. Tujuan saya membuat blog ini, ialah ingin berkongsi maklumat kepada sesiapa saja yang berminat untuk mendapatkan ilmu yang ingin saya sampaikan dan juga mendapatkan feed back dari sesiapa saja yang ingin komen,kritik dan menokok nambah supaya kita sama2 berilmu . Mudah-mudahan ilmu ini dapat dipratikkan dan dikongsikan bersama.
Saya bercadang yang terdekat ini akan mengenegahkan RESIPI MUDAH PES . Dengar macam simple aje kan tetapi tunggu lah ...... dari sos ini lah kita dapat jimatkan masa, kos perbelanjaan dan memudahkan orang yang berkeluarga dan juga bujang menguruskan rumah tangga.
Mungkin keluaran blog saya agak lambat sedikit sebabnya saya baru aje mempelajari dalam blog memblog ini. Jadi saya harap anda bersabar.
teruskan usaha anda! :)
ReplyDeletesila letakkan gambar supaya lebih menarik :)
ReplyDelete